ARTIKEL

Malaysia tempat ke-27 Ranking Daya Saing Dunia MID 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia naik lima anak tangga kepada kedudukan ke-27 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia, menurut laporan Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa  (IMD) 2023 yang didedahkan pada Selasa.

Menurut laporan itu, peningkatan prestasi Malaysia dalam kedudukan itu disokong terutamanya oleh pemulihan ekonomi, pertumbuhan pelaburan, kestabilan kadar pertukaran dan pasaran pekerjaan, lapor Xinhua.

IMD bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia untuk menilai prestasi negara.

Walaupun kekuatan negara ialah harga, infrastruktur asas dan dasar cukai, IMD menegaskan bahawa Malaysia tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam kedudukan subfaktor berikut: perundangan perniagaan, pendidikan dan rangka kerja masyarakat.

Cabaran utama bagi Malaysia tahun ini dari segi menjadi ekonomi yang lebih berdaya saing termasuk pembangunan bakat tenaga kerja sedia industri, pemikiran mengutamakan digital untuk sektor, pembaharuan kawal selia untuk memudahkan menjalankan perniagaan di peringkat nasional dan subnasional dan mengejar pembangunan mampan, menurut IMD.

Diterbitkan oleh Pusat Daya Saing Dunia IMD, WCR 2023 ialah edisi ke-35 dalam ranking dan laporan tahunan, meliputi 64 ekonomi global. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU