ARTIKEL

Soon Yean Lee | BERNAMA

Malaysia teraju penggunaan dompet mudah alih — Tinjauan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.

Ini  adalah kadar penggunaan tertinggi di seluruh dunia, menurut Adyen Index 2024, tinjauan berasaskan laporan runcit daripada lebih 38,000 pembeli serta 13,000 peniaga di 26 pasaran termasuk lebih 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di Malaysia, yang dijalankan mulai 15 Jan hingga 1 Feb 2024.

Adyen berkata pengguna Malaysia sedang beralih daripada dompet fizikal, dengan 41 peratus kini bergantung pada penyelesaian berdaya mudah alih seperti sentuh untuk bayar.

“Pembeli Malaysia cenderung kepada kaedah pembayaran yang cepat dan mudah, merangsangkan lagi permintaan bagi pengalaman dalam kedai yang diperkemas seperti kiosk serta pembayaran satu klik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengenai populariti urus niaga sosial dalam kalangan pengguna, indeks itu menunjukkan bahawa 73 peratus rakyat Malaysia menggunakan media sosial untuk membeli-belah, jauh lebih tinggi daripada purata global sebanyak 44 peratus. 

“Rakyat Malaysia juga membeli-belah di platform itu kira-kira enam kali sebulan,” kata Adyen.

Firma penyelidikan itu juga mendapati bahawa golongan milenial berkemungkinan menjadi pengguna pembeli terbesar di platform media sosial berbanding mana-mana kumpulan umur lain, dengan 80 peratus mengaku telah membuat transaksi dalam 12 bulan lepas. 

Pengguna Gen Z mencatat pertumbuhan terbesar, daripada semua pengguna Gen Z yang telah membeli-belah di media sosial sejak 12 bulan lepas, 17 peratus adalah pembeli kali pertama.

Menyedari potensi pertumbuhan tersebut, perniagaan telah menyesuaikan diri dengan strategi agar sejajar dengan pilihan pelanggan yang semakin berkembang, kata Adyen.

“Sebanyak 73 peratus peruncit Malaysia melaporkan pertumbuhan hasil selepas terlibat dengan perdagangan sosial,” katanya.

Berdasarkan tinjauan itu, 45 peratus pengguna turut menyatakan kesetiaan kepada peruncit yang memudahkan pembelian terus melalui platform media sosial, menekankan keperluan untuk pengalaman pelbagai saluran yang lancar dalam memupuk kesetiaan pelanggan.

Pengurus Negara Adyen Malaysia, Soon Yean Lee berkata penemuan baru-baru ini mendedahkan peralihan ketara ke arah pembayaran digital serta perdagangan sosial dengan pengguna Malaysia menerajui trend global dalam penggunaan dompet mudah alih. 

“Untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mengekalkan daya saing, perniagaan mesti lincah dalam memenuhi keutamaan penggunaan yang berubah-ubah ini,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU