ARTIKEL

Malaysia tumpukan kepada bantuan kemanusiaan untuk Palestin – PM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sokongan negara ini yang tidak berbelah bagi kepada Palestin hari ini dan berkata Malaysia akan menumpukan kepada bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

“Kami akan melakukan apa yang wajar, walaupun dengan keupayaan terhad, untuk membantu saudara kita di Palestin yang menderita,” katanya ketika menyampaikan ucapan di kutipan sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di sini semalam. 

Kami sudah pastinya bekerjasama untuk menyokong dan kekal konsisten dalam pendirian kami untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Buat masa ini, saya fikir tumpuan kami (Malaysia) terutamanya bantuan kemanusiaan,” katanya.

Pertempuran di Palestin antara Hamas yang merupakan pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan cedera di kedua-dua belah pihak. 

Anwar berkata Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara Arab yang berjiran dengan Palestin, kerana mereka boleh memainkan peranan penting membantu rakyat Palestin.

Beliau juga berkata seluruh dunia tidak boleh membiarkan keseluruhan Gaza diduduki sementara jutaan manusia diusir keluar.

Anwar berkata beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi untuk bertemu pemimpin Arab bagi membincangkan krisis Palestin-Israel.

Semalam. Bernama melaporkan keganasan tentera Israel terhadap warga Palestin di Gaza adalah antara agenda utama yang akan dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin dalam Sidang Kemuncak  Pertama ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Arab Saudi pada Jumaat. 

Perbincangan itu selari dengan pendirian tegas Malaysia dan kelantangan sokongan Anwar untuk Palestin berikutan peningkatan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin termasuk serangan terbaharu dan pertempuran di Semenanjung Gaza.  

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib