ARTIKEL

Mohd Nasihin Nubli Ibrahim - FOTO BERNAMA

Malaysian Tigress tak gentar jumpa India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANGZHOU: Skuad hoki wanita kebangsaan tidak gentar untuk berdepan satu daripada pasukan gergasi Asia, India dalam aksi kedua Kumpulan A pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park di sini, esok.

Jurulatih negara Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata India selaku pemenang pingat perak edisi lepas merupakan sebuah pasukan berpengalaman apabila dibarisi pemain yang sudah membuat 100 hingga 200 penampilan di pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, Mohd Nasihin optimis keyakinan yang diraih anak buahnya selepas membenam Hong Kong 8-0 pada aksi pembukaan Isnin lepas, dapat membantu skuad Malaysian Tigress dari segi mental menjelang pertembungan itu.

Malah beliau mendedahkan Malaysia akan menggunakan pendekatan berbeza, selain menurunkan kapten pasukan Juliani Mohd Din yang direhatkan ketika bertemu Hong Kong, dalam usaha mengekang penguasaan India.

“Kita akan cuba sehabis baik untuk tunjukkan di mana pasukan hoki wanita sekarang berada.

Tiada tekanan kepada pemain, kami (jurulatih) hanya mahu mereka berikan yang terbaik,” katanya ketika ditemui, di sini.

Pada masa sama, Mohd Nasihin berkata kekalahan besar 0-9 pasukan negara di tangan India pada pertemuan terakhir di Piala Asia 2021 di Muscat, Oman tidak boleh dijadikan ukuran kerana melibatkan skuad yang berbeza.

“Masa tu kita ada 12 pemain yang buat debut antarabangsa dan struktur (pasukan) yang agak berbeza.

Kali ini pasukan berbeza, jadi tekanan lebih kepada India dan bukannya kita,” katanya.

Sementara itu, pemain yang sudah membuat 131 penampilan antarabangsa dan menjaringkan satu gol ketika bertemu Hong Kong, Nuraini Abdul Rashid berkata: “India sangat baik, tetapi kita pun mampu beri saingan.

Seorang lagi pemain senior, Hanis Nadiah Onn pula berkata: “Lawan india tiada yang mustahil, kami akan beri yang terbaik,” katanya yang turut meledak satu gol pada perlawanan lepas.

Untuk rekod, India pasukan di ranking ketujuh dunia sementara Malaysia di tangga ke-18.

Selepas India, Malaysia akan membuat perhitungan menentang Singapura (Ahad) dan Korea Selatan (Selasa) bagi melengkapkan aksi peringkat kumpulan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.