Malindo Air sambung semula penerbangan ke Lahore

KUALA LUMPUR: Malindo Air akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan lima kali seminggu ke dan dari Lahore, Pakistan mulai 18 Julai ini selepas negara itu memutuskan untuk membuka semula ruang udaranya.

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu berkata penumpang yang memiliki tiket sah ke dan dari Lahore, dikeluarkan pada atau sebelum 16 Julai bagi perjalanan antara 28 Februari 2019 dan 18 Julai 2019 kini mempunyai pilihan untuk menukar tarikh perjalanan masing-masing, tertakluk kepada syarat tertentu.

Penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan mereka di www.malindoair.comatau menghubungi Pusat Panggilan Malindo Air di talian +603-7841 5388.

Mereka juga boleh ke kaunter tiket syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan jadual penerbangan terkini.

Media melaporkan Pakistan telah menarik balik semua larangan penggunaan ruang udaranya bagi penerbangan awam, ini sekali gus membuka semula koridor transit udara utama di wilayahnya setelah hampir lima bulan ditutup berikutan ketegangan ketenteraan dengan negara jiran di sebelah timurnya, India.

Suara Sarawak