ARTIKEL

Malnutrisi akut kanak-kanak di Gaza semakin meningkat – WHO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW YORK: Bilangan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan atau malnutrisi di Semenanjung Gaza meningkat dengan mendadak akibat serangan berterusan Israel, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, WHO berkata 90 peratus kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan 95 peratus wanita hamil serta menyusukan anak mengalami kekurangan makanan yang teruk.

Ini bermakna mereka mengambil hanya dua atau kurang kumpulan makanan setiap hari dan makanan yang mereka ambil mempunyai nilai pemakanan yang sangat rendah.

Menurut WHO, 95 peratus isi rumah mengurangkan bilangan hidangan dan jumlah makanan yang diambil dengan 64 peratus isi rumah hanya makan satu hidangan sehari.

WHO berkata lebih 95 peratus isi rumah menegaskan mereka telah mengehadkan jumlah makanan yang dimakan orang dewasa untuk memastikan kanak-kanak kecil mempunyai makanan.

Tinjauan di utara wilayah itu menunjukkan bahawa 15.6 peratus kanak-kanak – atau satu daripada enam kanak-kanak di bawah umur dua tahun – mengalami malnutrisi akut.

“Daripada jumlah ini, hampir tiga peratus mengalami malnutrisi akut yang teruk, yang meningkatkan risiko tertinggi komplikasi perubatan dan kematian bagi kanak-kanak kecil kecuali mereka menerima rawatan segera,” kata WHO.

Menurut pertubuhan itu, memandangkan data berkenaan dikumpul pada Januari, keadaan mungkin lebih teruk pada masa ini.

Tinjauan serupa di Rafah, selatan Semenanjung Gaza menunjukkan bahawa lima peratus kanak-kanak di bawah umur dua tahun mengalami malnutrisi akut.

Menurut WHO, angka berkenaan adalah bukti jelas bahawa bantuan kemanusiaan amat diperlukan. – BERNAMA

BERITA LAIN

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

BERITA TERBARU