ARTIKEL

Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu lebih berani ‘menekan’ lawan – Rexy Mainaky

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky mahu naib juara Terbuka Indonesia 2024, Man Wei Chong-Tee Kai Wun lebih berani ‘menekan’ lawan yang juga gandingan handalan dunia.

Beliau berkata, berdasarkan pengamatannya, pasangan negara beraksi dengan sangat konsisten sejak pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 itu sebelum tewas pada aksi final kepada pilihan kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-19, 16-21, 12-21 di gelanggang ikonik Istora Senayan, Jakara, semalam.

“Persembahan mereka di Masters Malaysia dan Terbuka Singapura biasa sahaja namun sejak pusingan pertama Terbuka Indonesia sehingga pusingan pertama semalam mereka sangat konsisten.

“Bagaimanapun, mereka perlu menggunakan peluang di depan mata untuk lebih berani ambil keputusan dan berikan tekanan kepada lawan mereka,” katanya kepada Bernama.

Pencapaian pasangan negara itu wajar mendapat pujian dengan mempamerkan peningkatan ketara mara ke final Super 1000 buat julung kalinya selepas tersingkir di pusingan pertama sebanyak lima kali sebelum ini.

Antara keputusan menarik dilakar gandingan ke-20 dunia di Terbuka Indonesia 2024 apabila mengejutkan pasangan ketiga dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 20-22, 21-16, 21-17 di pusingan pertama.

Mereka juga berjaya melenyapkan sorakan padu penyokong di Istora Senayan menyingkirkan pasangan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, 29-27, 21-13 pada saingan separuh akhir.

Bulan lepas, Wei Chong-Kai Wun terkandas di suku akhir Masters Malaysia 2024 kepada He Ji Ting-Ren Xiang Yu dari China, 21-18, 21-16 diikuti tumbang di pusingan kedua Terbuka Singapura 2024 kepada gandingan keempat dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 21-10, 20-22, 19-21.

Rexy pada masa sama menuntut Wei Chong-Kai Wun untuk terus fokus dan berusaha berada sebaris pasangan terbaik dunia satu hari nanti.

Keputusan semalam merupakan pencapaian podium pertama mereka sejak bergelar naib juara Terbuka Artik 2023 di Vantaa, Finland, Oktober tahun lepas. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke