ARTIKEL

Manchester City juara lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANDANG juara Manchester City mencipta sejarah kejohanan teratas bola sepak England apabila mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali keempat berturut-turut.

Kejayaan diraih anak buah Pep Guardiola itu hadir selepas membelasah West Ham United, 3-1, menerusi gol dua dijelmakan Phil Foden (m-2, m-18) dan Rodri (m-59) manakala Mohammed Kudus (m-42) menghadirkan jaringan saguhati buat The Hammers dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Etihad.

Kemenangan perlawanan ke-28 musim ini menyaksikan The Citizens (91 mata) mengatasi pesaing terdekat Arsenal (89 mata) yang menang 2-1 ke atas Everton di Stadium Emirates dengan kelebihan dua mata selepas masing-masing melengkapkan perlawanan ke-38.

“Sangat sukar diungkapkan dengan kata-kata pencapaian hari ini. Tiada pasukan yang pernah melakukannya.

“Anda dapat lihat ia sungguh amat bermakna kepada penyokong-penyokong Manchester City “Semua ini usaha sepanjang tahun yang akhirnya membuahkan hasil,” kata Foden.

Manchester City berpeluang memenangi kejuaraan berganda apabila dijadualkan berdepan jiran tertangga Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley minggu depan.

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU