ARTIKEL

Mandat rakyat asas kebersamaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mandat rakyat yang diterjemah menerusi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dijadikan sebagai asas kepada kebersamaan untuk memperkasakan kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ia bagi memastikan Kerajaan Perpaduan akan terus utuh untuk mentadbir negara bagi tempoh lima tahun mendatang.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata parti itu dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan menghormati keputusan PRN di enam negeri itu yang mengekalkan penguasaan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Kepada seluruh rakyat yang telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah mengundi… menyuburkan proses demokrasi dalam negara, ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan keprihatinan demi menentukan masa depan lebih baik buat negeri dan negara,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Pada masa sama, Presiden UMNO itu turut menzahirkan ucapan tahniah buat calon-calon yang telah berjaya dan berharap mereka dapat memikul amanah yang diberikan untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat dengan sebaiknya.

 “Buat yang tidak berjaya, teruslah beristiqamah dan jangan pernah berhenti untuk terus memperjuangkan aspirasi rakyat pada saat kita berhadapan dengan pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli parti, jentera dan sukarelawan yang telah bekerja keras dan bertungkus-lumus membantu BN sepanjang tempoh kempen PRN.

Terdahulu Ahmad Zahid mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke “war room” PH-BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi mengikuti pengumuman rasmi keputusan rasmi PRN.- Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup