ARTIKEL

KUCING menunggu giliran untuk diperiksa

Mandulkan Kucing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMPEN Pemandulan Kucing Kos Rendah merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Primavet Animal Clinic untuk mengawal populasi kucing terbiar dan gelandangan.

Kemungkinan besar kucing terbiar ini dilanggar kereta, didera, dijangkiti rabies dan sebagainya.

Justeru, bagi setiap kucing yang dikembiri, ia boleh menghalang kelahiran 16 kucing setahun.

Menurut Pakar Haiwan Dr Audrey Cheong, sasaran Primavet Animal Clinic bagi kempen pemandulan kucing tahun ini sebanyak 100 ekor dalam tempoh dua hari pada awal tahun lalu dan ia berjaya. 

“Kami menerima maklum balas positif daripada pencinta kucing. Mereka berharap kami melakukan kempen ini lagi,” katanya kepada pemberita di Klinik Haiwan Primavet di Jalan Depo, Petra Jaya baru-baru ini.  

Katanya mereka melakukan pemandulan betina dalam tempoh 15 minit dan pemandulan jantan lima minit sahaja.

“Ia tidak termasuk persediaan untuk pembedahan seperti mencukur dan proses pembasmian kuman.

Ada yang mengambil masa agak lama.

“Bagi penjagaan selepas pembedahan, jururawat kami akan mengawasi kucing untuk memastikan tiada hipotensi atau hipotermia.

Sebaik sahaja kucing terjaga daripada ubat bius, kami menelefon pemilik untuk membawa kucing balik,” ujarnya. 

Dalam pada itu, jelasnya, pakar menasihati pemilik untuk menyimpan kucing mereka di dalam sangkar sehingga 10 hari untuk betina dan lima hari untuk jantan semasa proses pemulihan.

“Ini akan menghalang betina daripada melompat dan berisiko kerosakan jahitan pembedahan menyebabkan hernia,” jelasnya.

Selepas melakukan pemandulan, tingkah laku kucing jantan seperti menyembur air kencing menandakan kawasan, merayau mencari betina dan bergaduh akan berkurangan. 

Manakala, bagi kucing betina jelasnya, kitaran haba dihapuskan, mengurangkan kegelisahan serta mengurangkan kemungkinan tingkah laku tertentu seperti hilang selera makan ketika musim mengawan. 

Dari segi faedah kesihatan ujarnya, pemandulan kucing mampu mengurangkan risiko kanser yang melibatkan sistem pembiakan seperti uterus dan kelenjar susu, mengurangkan risiko terkena FIV (AIDS kucing) dan panjang umur. 

“Prosedur ini dilakukan di bawah bius. Pemulihan daripada pemandulan biasanya cepat, dengan kebanyakan kucing kembali normal dalam tempoh beberapa hari,” terang beliau lagi. 

Bagi perancangan masa akan datang ujar beliau, Klinik Haiwan Primavet berikhtiar mencari dana untuk menjadikan ia sebagai program bulanan.

“Sejak dibuka 15 tahun lalu, Primavet sudah mula mengembiri kucing jalanan,” katanya. 

Selain pemandulan, Dr Audrey menegaskan, aspek penting lain dalam penjagaan veterinar untuk memastikan kucing anda sihat ialah vaksinasi, kawalan parasit dan penjagaan pergigian.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan berkala yang disyorkan untuk kucing berbeza-beza bergantung pada umur dan status kesihatan mereka.

Bagaimanapun, secara amnya, kucing dewasa disyorkan menjalani pemeriksaan veterinar sekurang-kurangnya sekali setahun. 

“Anak kucing juga memerlukan lawatan veterinar yang lebih kerap untuk vaksinasi dan pemeriksaan awal mereka,” jelasnya. 

Doktor haiwan ujarnya, boleh menjalankan pemeriksaan fizikal, memeriksa tanda awal dan memberikan nasihat tentang pemakanan dan penjagaan pencegahan.

Oleh itu, pemeriksaan kesihatan penting untuk membantu mengesan dan menangani masalah kesihatan yang berpotensi lebih awal, memastikan kucing anda kekal sihat dan ceria. 

Primavet menawarkan pelbagai rawatan untuk haiwan, bergantung kepada keadaan kesihatan haiwan.

Beberapa rawatan biasa yang dilakukan iaitu perubatan, hospitalisasi, vaksinasi, kawalan parasit, pemeriksaan kesihatan am, penjagaan, pergigian, pembedahan am/laser/gigi, penjagaan kecemasan, kaunseling tingkah laku, wad hospital haiwan, ujian diagnostik seperti ujian darah, X-ray, ultrasound dan endoskopi.

Menurut Dr Audrey, Geng Pusaka Jalanan Sarawak (GPJS) yang diwakili Kak Zarina berkolaborasi dengan mereka dan memberi 50 tempat pemandulan untuk ahli.

“Kami mendapat pembiayaan daripada sumber lain atas usaha kami sendiri.

Kami berharap mereka boleh memberi kami dana untuk kempen supaya boleh dibuat dengan lebih besar lagi dan lebih kerap,” jelasnya. 

Menurut Dr Audrey lagi, Primavet diiktiraf sebagai “Silver Cat Friendly Clinic” sejak 2020 oleh International Society of Feline Medicine yang bermaksud mereka mengamalkan standard global tertinggi dalam penjagaan kucing.

“Kami satu-satunya klinik yang mempunyai akreditasi ini di Sabah dan Sarawak.

Pasukan kami amat berpengalaman dalam penjagaan kucing. 

“Kami yakin mampu memberikan perkhidmatan pemandulan dalam skala besar yang memuaskan.

Dengan adanya dana ini dan tenaga manusia dari Primavet, pemilik boleh membayar yuran yang sangat kecil untuk pemandulan yang selamat.

“Kami berharap dapat berganding bahu mengurangkan populasi kucing terbiar di Kuching utara,” katanya. 

Cabaran utama ialah dari segi dana iaitu memiliki kekangan untuk melakukan kempen ini dengan lebih kerap dan lebih besar.

Manakala, cabaran lain ujar beliau ialah peserta tidak mahu patuh dengan syarat yang ditetapkan untuk kempen ini.

Peserta mesti faham bahawa kempen ini adalah untuk kucing domestik atau kucing kampung sahaja.

Ini adalah kumpulan sasaran kami.

Jika tidak pasti baka, peserta perlu membawa masuk kucing untuk pemeriksaan sebelum hari pemandulan.

“Hanya kucing berumur antara lima bulan hingga dua tahun yang layak.

Ini kumpulan umur paling selamat untuk melakukan pemandulan tanpa risiko penyakit dalaman yang mungkin diabaikan sebab tidak ketara hanya dengan pemeriksaan fizikal,” jelasnya. 

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU