ARTIKEL

Fatimah menunjukkan kraf tangan yang disediakan di KKD kepada Abang Johari, di sini, hari ini.

Manfaat lapan komponen KKD

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pada waktu itu, Pejabat Kebajikan Daerah Dalat ditempatkan sementara di bangunan Pejabat Daerah Lama.

“Tempat ini tentunya tidak mesra warga emas dan bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) yang memerlukan bantuan serta perkara lain berkaitan kebajikan.

“Pusat warga emas turut ditempatkan di sebuah bangunan klinik kesihatan lama dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) menyewa sebuah rumah di Kampung Tanam,” katanya.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dalat memberitahu, disebabkan isu tersebut, mereka mengemukakan permohonan kepada bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa lawatannya ke Oya pada 2014.

“KKD diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Pembinaannya bermula pada 3 Mei 2018 dan siap sepenuhnya pada 5 September 2020.

“Dengan adanya pembiayaan awal daripada Adenan, kami terus menambah baik kemudahan yang ada di sini.

“Ini termasuklah membina kolam hidroterapi, ’loose furniture’, pemasangan skrin LED, penyediaan bilik ‘snoezelen’ dan ‘sensory integration room’,” jelasnya.

Jelasnya, KKD menyediakan lapan komponen utama iaitu Pejabat Kebajikan Daerah, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), PPDK, Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC), Pusat Komuniti Digital Dalat, ‘Dalat Play Centre’, Galeri KKD dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak SeDidik.

MESRA…Abang Johari dan Fatimah disambut mesra oleh rakyat pelbagai peringkat umur dalam majlis tersebut.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual