ARTIKEL

MANFAAT LEMON pembersih rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MEMBERSIH menggunakan buah lemon dikatakan sama berkesan dengan produk pembersih yang terdapat di pasaran.

Jika anda ingin membersihkan rumah dengan cara semula jadi tanpa bahan kimia, ia boleh didapati daripada buah yang sering digunakan di dapur.

Lemon mempunyai kebolehan pembersihan yang mengejutkan—asid sitrik menjadikan jus lemon sebagai agen pembersih semula jadi untuk mengatasi beberapa jenis kotoran.

Terdapat beberapa cara yang dapat membasmi kotoran dengan hanya menggunakan lemon.

MEMBERSIH PAPAN PEMOTONG

Papan pemotong ialah tempat yang selalu digunakan ketika memasak dan mungkin anda tidak mahu mencuci papan pemotong itu dengan bahan kimia, selain bahan semula jadi.

Lemon boleh menjadi bahan pencuci paling sesuai untuk papan pemotong.

Untuk menghilangkan kotoran daripada plastik atau papan pemotong kayu, potong sebiji lemon dan perahkan jusnya pada permukaan papan tersebut.

Kemudian, gosok dengan separuh lemon sebelum dibiarkan selama 20 minit.

ALTERNATIF PELUNTUR

Kita semua tahu bahawa peluntur ialah cara paling berkesan membersihkan kotoran pada pakaian putih dan tuala, dan jus lemon juga boleh melakukan perkara yang sama.

Untuk membersihkan kesan kotor pada pakaian, masukkan pakaian ke dalam periuk berisi air dengan beberapa hirisan lemon, kemudian rebus selama beberapa minit.

CAMPURAN LEMON DAN PENYAHGRIS

Untuk membuat semburan penyahgris semula jadi, anda boleh menggunakanya pada hampir mana-mana permukaan keras selain kayu.

Campurkan dua cawan air, dua sudu besar jus lemon segar, setengah sudu sabun dan satu sudu besar soda penaik dalam botol semburan, kemudian goncang dengan sebati.

Lemon melawan kotoran dan membasmi kuman, manakala soda penaik bertindak sebagai pelelas lembut.

HILANGKAN KOTORAN BEKAS PLASTIK

Suri rumah terurama golongan ibu, gemar menyimpan bekas plastik daripada membuang dan sudah pasti ia penuh di dalam almari dapur.

Kotoran daripada bekas plastik sangat degil untuk dibuang, tetapi dengan menggunakan lemon, ia menjadi lebih mudah.

Untuk membersihkan bekas plastik, perahkan jus lemon pada bekas plastik kotor, gosokkan plastik dengan bahagian potongan lemon. Biarkan bekas kering di bawah sinaran matahari, kemudian basuh seperti biasa – kotoran pada bekas plastik itu boleh hilang.

MEMBERSIH KETUHAR

Anda pasti terkejut betapa mudahnya mengatasi kotoran yang paling degil di dalam ketuhar mikrogelombang dengan hanya menggunakan lemon dan semangkuk air.

Hanya potong separuh lemon dan perahkan ke dalam mangkuk yang diisi air.

Kemudian letakkan di dalam ketuhar gelombang mikro dan tetapkan pemasa selama tiga hingga lima minit pada tetapan tertinggi yang tersedia.

Sebaik sahaja ia berbunyi, biarkan gelombang mikro sejuk selama lima minit atau lebih, seterusnya keluarkan mangkuk dan lap bahagian dalam dengan kain mikrofi ber.

Lemon boleh menghilangkan bau busuk dan wap bercampur dengan minyak melonggarkan semua timbunan di bahagian dalam ruang ketuhar tersebut.

PEWANGI PETI SEJUK

Penaik soda memang berkesan untuk menghilangkan bau, tetapi lemon boleh menambah bau yang segar dan menghilangkan bau lebih cepat daripada penaik soda.

Potong sebiji lemon yang tebal dan letakkan di dalam pinggan kecil.

Kemudian, taburkan satu hingga dua sudu besar garam serta dua hingga tiga sudu penaik soda pada lemon tersebut.

Letakkan di dalam peti sejuk dalam keadaan lemon itu terdedah sehingga empat hingga enam hari.

Anda boleh bezakan bau sebelum dan selepas meletakkan lemon di dalam peti sejuk dalam tempoh beberapa jam. 

LAIN-LAIN BERITA

Nawal Sufia menang tempat ketiga

PERTANDINGAN Akhir Bercerita dan Pidato Anak-anak Malaysia Piala Ketua Wanita Ikram berlangsung pada 24 Februari lalu. Thniah diucapkan kepada Nawal Sufi a Mohd Shukri yang

Komuniti desa berpendapatan tinggi

Ketika berucap pada majlis yang sama,Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfi kri Osman turut mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan yang diperoleh dalam pertandingan

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan

Dapur bersih idaman

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu. Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau

Enam nilai bersama

Bagi merealisasikan visi itu, perubahan budaya kerja mesti dilakukan dengan mengubah sikap dan tingkah laku negatif serta membuang segala budaya kerja lama yang tidak lagi relevan.

Integriti mantap budaya kerja

PROGRAM PENGUKUHAN ORGANISASI menjadi platform terbaik dalam membentuk dan memantapkan semangat berpasukan. Pendekatan ini juga sebagai saluran bagi pihak pengurusan mengadakan perbincangan dua hala dan

BERITA TERBARU