ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…Martin (tengah) merakam kenangan bersama-sama penerima MRP dalam Majlis Penyerahan Cek MRP Siri 3/2024 Kedup, hari ini. (FOTO: UKAS)

Manfaat peruntukan Projek Kecil Luar Bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak bagi pelaksanaan projek di kawasan masing-masing perlu digunakan dengan amanah.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Martin Ben berkata, penerima perlu menggunakan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dengan sebaik mungkin.

“Diharapkan peruntukan ini memberi manfaat kepada persatuan dan komuniti bagi menjalankan projek kecil, membantu memenuhi keperluan pengurusan serta pelaksanaan aktiviti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedup menyerahkan cek MRP berjumlah RM185,000 kepada 24 penerima.

Penerima terdiri daripada persatuan dan kelab jabatan kerajaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK), Biro Wanita, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Martin (tengah) menyampaikan cek MRP kepada salah seorang penerima. (FOTO: UKAS)

Pada masa yang sama, beliau memberitahu persiapan bagi sambutan perayaan Gawai Dayak menunjukkan peningkatan yang ketara dan membantu memelihara adat budaya kaum Dayak.

Jelasnya, penggunaan pakaian tradisional mengikut kaum masing-masing amat penting dan ia perlu ditonjolkan serta dikekalkan semasa sambutan Gawai Dayak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU