ARTIKEL

JULAIHI serta rombongan ke MWC-24 mengadakan perbincangan bersama-sama pihak Huawei Technologies (M) Sdn. Bhd.

Manfaat teknologi Huawei pacu pertumbuhan ekonomi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BARCELONA: Sarawak bakal memanfaatkan teknologi termaju Huawei dalam memacu pertumbuhan ekonomi di samping mewujudkan persekitaran inklusif digital di negeri ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, ia dapat direalisasikan menerusi kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) dengan Huawei Technologies (M) Sdn. Bhd.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak menerusi SDEC telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei yang memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan infrastruktur dan kesinambungan digital di Sarawak.

“Kerjasama ini bertujuan memanfaatkan teknologi termaju Huawei bagi merapatkan jurang digital, memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan persekitaran inklusif digital untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC-24) di Barcelona, Sepanyol, semalam.

Jelasnya, satu lagi MoU dimeterai antara SAINS dan Huawei yang memfokuskan kepada pembangunan bidang penting seperti bandar pintar dan infrastruktur digital.

Perkongsian ini kelak tambahnya diharap dapat memanfaatkan teknologi terkini Huawei dalam usaha memacu Sarawak ke arah inovasi bandar pintar.

MoU ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif SDEC Sudarnoto Osman dan Jason Deng Jie mewakili Huawei Technologies (M) Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Jason turut menandatangani MoU dengan Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Busiai Seman.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap