ARTIKEL

Manfaatkan Kempen penstrukturan PTPTN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kempen penstrukturan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kadar serendah RM300 harus dimanfaatkan oleh peminjam yang memiliki tunggakan.

Menurut pensyarah Emilyn Nojen, kempen tersebut merupakan initiatif terbaik daripada kerajaan untuk peminjam PTPTN.

EMILYN NOJEN

Menurutnya, strategi ini dapat membantu peminjam untuk mendisiplinkan diri dalam pengurusan kewangan, malah memastikan peminjam mempunyai rekod bersih.

Sementara itu, penjawat awam Florence Bulan Johnny menyifatkan kempen tersebut baik untuk menggalakkan pembayaran terutama bagi golongan yang baharu bekerja atau mempunyai beban komitmen yang tinggi.

“Penstrukturan semula akan memastikan pinjaman dibayar mengikut tempoh ditetapkan dan mengeluarkan nama daripada senarai hitam yang memberi kesan kepada CCRIS dan CTOS,” ujarnya.

Pekerja swasta Dayang Nadihah Abang Aminudin pula berkata, ia sangat tepat kepada sesiapa yang belum melakukan pembayaran tunggakan,” tambahnya.

Katanya, sepatutnya pihak PTPTN bertindak tegas sebaik peminjam mula bekerja.

“Aturkan kontrak bayaran penolakan dengan peminjam mengikut kadar yang betul atau jadual,” katanya.

Seorang penuntut universiti Norshafika Abdullah berkata, kempen PTPTN ini memberi peluang kepada peminjam untuk menyelesaikan tunggakan dalam keadaan yang tidak terlampau mendesak.

NORSHAFIKA ABDULLAH

“Jumlah bayaran PTPTN hendaklah mengikut peredaran semasa dan kemampuan peminjam.

“Mereka tidak terasa terbeban dan akhirnya membayar semua pinjaman walaupun dalam tempoh yang agak lama,” katanya.

Kempen penstrukturan pinjaman dengan kadar serendah RM300 berlangsung selama dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini.

Ia terbuka kepada semua peminjam yang mempunyai tunggakan sama ada bagi pinjaman konvensional atau ujrah.

FLORENCE BULAN JOHNNY

Peminjam perlu membuat bayaran tunggakan serendah RM300 sahaja untuk penstrukturan semula pinjaman dan diwajibkan membuat potongan gaji atau debit terus sebagai kaedah bayaran balik bagi memastikan peminjam dapat membuat bayaran balik secara konsisten dan teratur.

BERITA LAIN

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat

BERITA TERBARU

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau