Manfaatkan kemudahan sukan

ASAJAYA: Kemudahan gelanggang futsal, dewan serba guna dan padang bola sepak di setiap kampung memberi manfaat kepada belia-belia di sini untuk terus menyerlah dalam bidang sukan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemudahan tersebut diharap dapat digunakan sebaiknya untuk aktiviti sukan dan sosial.

“Untuk menjadi insan yang berjaya dalam kerjaya bermula daripada aktiviti sosial yang sihat. “Oleh itu, belia harus mengambil peluang dengan memanfaatkan setiap kemudahan yang ada untuk melakukan aktiviti sukan sekali gus memberi kebaikan kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Karnival Futsal 2021 di Kompleks Sukan Asajaya, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 05 Apr 2021

Suara Sarawak