Mangsa banjir di Kampung Sebat dipindahkan

SEMATAN: Mangsa banjir di Kampung Sebat Melayu dan Kampung Sebat Baru di sini, di pindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar Ismail Mahedin berkata pusat pemindahan mula dibuka kepada mangsa bermula pada jam 8.00 pagi tadi.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Sebat dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara kepada tujuh mangsa yang terlibat setakat ini,” ujarnya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Suara Sarawak