KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan penurunan apabila seramai 38 orang mangsa terdiri daripada 17 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di dua setakat jam 11 pagi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, PPS Dewan Johnical Rayong, Engkilili kini menempatkan 24 orang mangsa terdiri daripada 12 KIR.
“Sementara, PPS Komplek Sukan Julau masih menempatkan seramai 14 orang mangsa terdiri daripada lima KIR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, PPS Dewan Johnical Rayong dibuka pada 1 Mac lalu, jam 6.30 petang dari kawasan Tr Buma Ak Lembu Entalun, Skrang.
Manakala, PPS Komplek Sukan Julau dibuka jam 7 malam semalam bagi menempatkan mangsa dari kawasan Rh Edward Kunol.