ARTIKEL

PPS Dewan Kampung Segong mula dibuka.

Mangsa banjir kilat ditempatkan di tiga PPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka di Sarawak bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), tiga PPS tersebut adalah PPS Dewan Kampung Segong, PPS Dewan Sinar Budi Baru dan PPS Gelanggang Futsal Sinar Budi Baru.

BANTU… Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan seorang lelaki kelainan upaya (OKU) ketika banjir melanda.

“PPS Dewan Kampung Segong mula dibuka pada jam 6.55 pagi susulan hujan berterusan melanda dari jam 1 pagi hingga 6.40 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sekretariat JPBN, sebanyak tiga keluarga melibatkan lapan mangsa banjir ditempatkan di PPS berkenaan setakat ini.

Sementara menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, pihaknya setakat ini telah menerima enam kes panggilan melibatkan banjir yang melanda.

“Fokus utama bomba kini adalah di Taman Desa Wira,” katanya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU