Mangsa banjir menurun kepada 486 orang, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh ditutup

KUCHING: Seramai 486 mangsa banjir melibatkan 178 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Bahagian Serian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata setakat jam 8 malam, dua PPS masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.

Dua PPS tersebut adalah PPS SK Tanah Puteh (338 mangsa) dan PPS Dewan Masyarakat Serian (148 mangsa).

Sementara, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh telah ditutup pada jam 6 petang tadi.