HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Mangsa banjir Sarawak menurun 172 orang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Timbalan Pengerusi BSMM Stampin, Chew Kim Soon ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke PPS Kampung Kitang Jaya di sini pada Rabu.

KUCHING: Jumlah mangsa bencana banjir di Sarawak menurun dengan jumlah terkini mencatatkan 172 orang daripada 50 keluarga di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan PPS yang masih beroperasi adalah di daerah Kuching, Bau dan Siburan.

“Manakala satu PPS, iaitu PPS Balai Raya Kampung Opar ditutup membolehkan sebahagian besar mangsa dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing selepas diiktiraf sebagai selamat oleh agensi keselamatan,” katanya.

Timbalan Pengerusi BSMM Stampin, Chew Kim Soon ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke PPS Kampung Kitang Jaya di sini pada Rabu.

Oleh itu, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) turut terlibat sama memastikan keperluan kebersihan mangsa sentiasa dipenuhi selain keperluan tempat tidur, makanan yang mencukupi dan pemeriksaan kesihatan.

Timbalan Pengerusi BSMM Stampin, Chew Kim Soon berkata, semasa bencana, isu penjagaan kebersihan perlu diutamakan agar masalah kesihatan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dapat dielakkan.

Bagaimanapun katanya, sebelum bantuan diberikan kepada mangsa atau waris, BSMM perlu membuat penilaian dengan tujuan tidak mahu menimbulkan isu alam sekitar.

“Sebab dahulu kadang-kadang berlaku banyak penaja membekalkan makanan, minuman, dan sebagainya akhirnya kita telah menimbulkan isu sisa makanan dan mencipta masalah alam sekitar.

“Jadi kita ingin membuat penilaian apa yang mereka perlukan untuk setiap pusat bantuan jadi secara asasnya kita berkomunikasi dengan kebajikan apa yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke PPS Kampung Kitang Jaya di sini pada Rabu.

Kemaskini Jabatan Meteorologi memberitahu berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga 6 Mac 2023.

Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di semenanjung serta barat dan tengah Sarawak sehingga 2 Mac 2023, pada Khamis.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru