ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Canselor Jerman, Olaf Scholz, Menteri Luar, Annalena Baerbock, Menteri Pertahanan, Boris Pistorius, dan Menteri Ekonomi, Robert Habeck, didakwa “bersubahat dalam genosid di Gaza” dengan menyokong serangan tentera Israel dan membenarkan pengeksportan senjata bernilai €326 juta (RM1.56 bilion) ke Israel.

Peguam yang memfailkan aduan jenayah di pejabat pendakwa raya persekutuan di Karlsruhe, Jerman, memberitahu sidang akhbar di Berlin pada Jumaat bahawa kerajaan di Eropah mempunyai kewajipan undang-undang untuk tidak menyokong Israel.

“Ini perlu dihentikan dan inilah yang kami harap dapat dicapai di mahkamah.

Tuntutan ini menghantar mesej yang jelas kepada pegawai Jerman bahawa anda tidak boleh terus kekal sebagai rakan jenayah tanpa menerima akibatnya.

Kami mahukan akauntabiliti,” katanya.

Samour berkata undang-undang Jerman memerlukan asas untuk memulakan penyiasatan mengenai potensi jenayah yang dilakukan.

“Keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa jelas menunjukkan terdapat asas untuk melibatkan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,” katanya yang merujuk kepada keputusan pada 26 Januari lalu yang memutuskan supaya kerajaan Israel menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah untuk memastikan orang awam di Gaza mendapat bantuan kemanusiaan. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

PM Thailand sambut Songkran di Hua Hin

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, semalam menyambut Songkran atau Tahun Baharu Thai di Hua Hin, bahagian utara negara ini. Dalam hantarannya di platform X,

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

BERITA TERBARU

Sze Fei-Nur Izzudin tewas di final BAC 2024

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 tidak kesampaian selepas tewas di pentas final

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya