ARTIKEL

Mangsa gempa bumi di Maghribi meningkat 2,854 orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RABAT: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Maghribi meningkat kepada 2,854 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan seramai 2,562 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi pada lewat Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) , pusat gempa pada kedalaman 18.5 kilometer, iaitu 75 kilometer (46.6 batu) barat daya Marrakech.

Kerosakan besar akibat gempa bumi itu dilaporkan di Marrakech, tapak Warisan Dunia UNESCO.
Pasukan penyelamat pada Isnin terus giat mengesan mangsa hilang yang terperangkap di bawah runtuhan.

Beberapa pasukan penyelamat asing telah pun tiba di negara ini untuk menyertai usaha menyelamat.
Maghribi setakat ini telah menerima tawaran bantuan daripada Sepanyol, UK, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Pada hari Ahad, kerajaan Maghribi melancarkan akaun khas dengan perbendaharaan dan Bank Maghribi bagi menerima sumbangan untuk mangsa gempa.

— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul