BELAGA: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong menyantuni mangsa kebakaran Blok B, Uma Nyaving pada Selasa.
Isnin lepas, 15 pintu Block B, Uma Nyaving di Sungai Asap musnah akibat kebakaran.
Wilson bersama beberapa orang ahli rombongan melawat tapak kebakaran dan menziarahi mangsa kebakaran tersebut.
Dalam lawatan, beliau menyampaikan bantuan kepada mangsa.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Belaga juga menghantar bantuan berupa barangan kelengkapan tidur seperti tilam, bantal dan selimut.
Ini termasuk bantuan makanan kering kepada 144 mangsa.