ARTIKEL

RINGANKAN BEBAN...Rodiyah Sapiee (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga tersebut. Kelihatan sama Awla Dris (tengah) dan yang lain.

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris.

Kedua-dua wakil rakyat berkenaan mengunjungi tapak kediaman mangsa yang ditimpa musibah berkenaan.

Selain berkesempatan, mereka menyelami situasi yang menyedihkan keluarga mangsa terbabit.

“Kita bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga Abdul Rahman Abdullah beberapa hari lalu.

“Pihak kita akan melihat langkah seterusnya terutama dalam menyalur bantuan diperlukan kepada mangsa,” ujar Rodiyah ketika mengulas mengenai nasib menimpa keluarga berkenaan.

Awla Dris pada masa sama berharap keluarga mangsa bersabar dalam menghadapi dugaan tersebut.

Katanya, sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut beliau akan berusaha untuk memastikan keluarga Abdul Rahman Abdullah dapat dibantu dalam pelbagai aspek.

Turut bersama rombongan terbabit, Pegawai Daerah Simunjan, Encik Seroji Ludin, pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Pada malam Isnin lalu, kediaman keluarga Abdul Rahman Abdullah terjejas teruk dalam kebakaran yang berlaku sekitar pukul 7:20 malam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU