Mangsa kebakaran di Oya dapat bantuan bantuan segera

OYA: Keluarga Abdul Rahman Arbie di Kampung Kuala Tengah, Oya yang telah mengalami peristiwa kebakaran rumah kediaman pada 4 September 2019 lepas menerima bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak .

Bantuan wang tunai berjumlah RM16,545.00 adalah bagi jenis bantuan yang diberikan kepada ahli keluarga mangsa terdiri daripada bantuan Awal(RM45.00), bantuan segera dalam bentuk wang saku sebanyak untuk lapan orang ahli keluarga berkenaan sejumlah RM800.00, pakaian Harian RM1,600.00, Makanan RM400.00 dan kelengkapan dapur RM800.00.

Selain itu, keluarga mangsa kebakaran itu juga turut menerima bantuan persekolahan pakaian sekolah RM800.00, peralatan sekolah RM400.00, Bantuan peralatan dapur RM700.00, Bantuan Perlindungan bagi bahan binaan RM5,000.00 dan bantuan Pemulihan Perniagaan RM6,000.00.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak- kanak Sarawak merangkap , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)N.56 Dalat di tapak kejadian kebakaran rumah penduduk Oya tersebut.

Turut memberi sumbangan ialah Sukarelawan Skuad Sayang (SKS) N56 Dalat, Beliawanis-beliawanis, Belia-belia, Pasar Sabtu Oya, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh Daerah Dalat serta orang ramai ataupun penduduk Kampung sekitar Daerah Dalat dan Daerah Kecil Oya.

Mangsa (pemilik rumah) Abdul Rahman Arbi dan isteri Santi Anthony bersama enam lagi anak-anak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat atas bantuan yang diterima.

Buat sementara waktu mereka sekeluarga menetap di rumah Khamsiah Anthony (Kakak Santi) dan Bolhen Bujang di Kampung Kuala Tengah Oya.

Menurut jurucakap dari Pusat Khidmat ADUN N56 Dalat dan SKS N56 Dalat, Hatiah Sepawi memberitahu orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berhubung terus dengan Santi Antonys di talian 01119833425 dan Abdul Rahman Arbi di talian 01115899792.

Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak- kanak Sarawak merangkap ADUN N.56 Dalat turut menyampaikan bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.

Turut hadir ialah Noriah Ahmad, Pengarah Jabatan Wanita Sarawak, Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh, Mohammad Omar Qaiyum Yahya Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Dalat, Hatiah Sepawi Pengerusi SKS+N56 Dalat, Ketua-Ketua Masyarakat setempat, Ketua Kampung dan penduduk Kampung.

Suara Sarawak