ARTIKEL

Mangsa kebakaran Kampung Bintawa Hilir tidak putus terima bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mangsa kebakaran rumah Kampung Hilir Bintawa di sini, tidak putus-putus menerima sumbangan daripada orang ramai sejak semalam.

Sebanyak 12 keluarga melibatkan 38 orang ditempatkan di PPS di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dewan Rekreasi Bimajaya Kampung Bintawa Hilir.

Syarikat bundle terkemuka iaitu Red Bundle telah menyumbangkan beberapa guni pakaian berupa tuala mandi, selimut, cadar, pakaian bayi dan kanak-kanak, pakaian lelaki dan wanita dewasa.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Penghulu Kampung Bintawa Lahan Sabu.

Selain itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) turut menyampaikan bantuan berupa makanan dan barangan keperluan menerusi DBKU CARES.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Datuk Bandar Kuching Utara Hilmu Othman yang juga berkesempatan menyantuni mangsa yang ditempatkan di PPS tersebut.

Semalam, kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.31 pagi mengakibatkan 44 orang penghuni hilang tempat berteduh.

Kebakaran mengakibatkan tujuh buah rumah musnah sepenuhnya sementara dua buah rumah lagi terbakar 50 peratus.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran dan dibantu BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada Penghulu Kampung Bintawa Lahan Sabu (tiga kiri) di PPS Dewan Dewan Rekreasi Bimajaya Kampung Bintawa Hilir.
Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman menyantuni mangsa di di PPS Dewan Dewan Rekreasi Bimajaya Kampung Bintawa Hilir.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU