ARTIKEL

JAWAB… Rusdi menjawab soalan daripada pemberita sambil disaksikan Fadil.

Mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang diselamatkan ulang kesilapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 16 rakyat Malaysia yang pernah menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagangan manusia bertindak pergi semula ke luar negara dengan niat untuk menjadi scammer.

Timbalan Pengarah (Penyiasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua individu terbabit masih mahu bekerja di luar negara walaupun sudah dibawa pulang.

“Individu ini menganggur dan mereka berjaya mencari pekerjaan di luar negara sebagai penipu atau perekrut.

“Tetapi apabila mereka dibawa pulang ke Malaysia, mereka menganggur dan berhasrat untuk kembali bekerja di luar negara,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Menurut Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Bukit Aman DCP Fadil Marsus, apabila pihak berkuasa menyelamatkan segelintir individu yang menjadi mangsa pemerdangan orang dan membawa mereka pulang, mereka berpura-pura menjadi mangsa.

“Apabila pihak berkuasa menyelamatkan dan membawa mereka pulang, mereka akan mengulangi perkara yang sama sekali lagi.

“Kami menyiasat perkara ini di bawah Seksyen 12 dan 14 ATIPSOM tetapi kami mempunyai sedikit isu untuk mengesahkan eksploitasi kerana ia berlaku di luar negara dan bukan dalam negara.

Baca lain  13 peserta Bintang Kecil 2023 berentap untuk ke pusingan akhir

“Ada kes sebelum ini kita sudah siasat dan buat tangkapan, tetapi kita tidak boleh dakwa kerana eksploitasi mangsa masih belum berlaku,” kata Fadil.

Bagaimanapun katanya, polis menasihati rakyat Malaysia supaya berhati-hati dalam menerima tawaran kerja, sama ada di dalam atau di luar negara.

“Apabila menyedari mereka terperangkap dalam sindiket penipuan seperti ini, mereka boleh meminta bantuan pihak berkuasa tempatan, Kedutaan Malaysia atau meminta ahli keluarga membuat laporan polis di Malaysia,” katanya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,