Trending

Mangsa tragedi arak beracun meningkat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

NEW DELHI: Angka kematian akibat tragedi arak beracun di Tamil Nadu selatan India meningkat kepada 20 orang setakat ini.

Kematian dilaporkan di dua daerah iaitu Villupuran (13) dan Chengalpattu (tujuh), menurut Xinhua.

Lebih 30 orang kini sedang menerima rawatan di pelbagai hospital di dua daerah terbabit.

Mangsa mengadu mengalami muntah, kerengsaan mata dan pening, menurut seorang pegawai kanan polis.

Mangsa berkemungkinan mengambil minuman keras yang mengandungi campuran etanol-metanol dan bahan kimia lain.

Sementara itu, amaran dikeluarkan di kedua-dua daerah, dalam usaha menjauhkan orang ramai daripada meminum minuman keras.

Beberapa individu lain juga ditahan kerana didakwa terlibat dalam pengedaran arak haram di negeri ini.

Ketua Menteri, M.K. Stalin menyuarakan rasa terkejut dengan berita kematian itu dan mengumumkan pampasan sebanyak AS$12,150 kepada setiap keluarga mangsa yang maut dan AS$607 kepada setiap orang yang menjalani rawatan di hospital. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru