ARTIKEL

Manifesto jadi sandaran pikat hati pengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan manifesto untuk Parlimen Puncak Borneo dijadikan sandaran buat Datuk Willie Mongin untuk memikat hati pengundi.

Calon GPS Puncak Borneo itu berkata, berikutan penambahan jumlah pengundi di kerusi tersebut susulan pelaksanaan undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik, maka setiap pengundi perlu disantuni.

Katanya, penambahan pengundi adalah dijangka kerana semua parlimen turut menyaksikan penambahan pengundi.

“Penambahan di Puncak Borneo sebanyak 33 peratus, ia cukup besar. Justeru, diharap mereka memberi sokongan kepada calon-calon GPS supaya kita mempunyai kekuatan di parlimen untuk memperjuangkan hak Sarawak,” katanya ketika ditemui media.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Malam Mesra Rela Puncak Borneo yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn di Dewan Masyarakat Tapah, di sini malam tadi.

Untuk rekod, Parlimen Puncak mempunyai seramai 79,969 pengundi berdaftar untuk PRU-15.

Sehubungan itu beliau berkata, pelbagai perancangan telah dirangka untuk direalisasikan bagi penduduk Puncak Borneo khasnya golongan belia.

Dalam majlis tersebut, Willie dalam ucapannya menyeru 5,000 anggota Rela untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk turun mengundi pada 19 November ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU