ARTIKEL

Manila gesa penyelesaikan aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ISTANBUL: Filipina menggesa penyelesaian secara aman, mengikut undang-undang antarabangsa berhubung pertikaian di Laut China Selatan, menyaksikan Manila juga mempunyai tuntutan bertindih dengan Beijing.

Negara itu menggesa pemeliharaan perintah global berasaskan peraturan, lapor Agensi Anadolu.

“Ini sentiasa menjadi pendirian kami berkenaan dengan pertikaian di Laut Filipina Barat, sebagaimana kami bersedia untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan integriti wilayah kami,” kata Setiausaha Luar, Enrique Manalo pada sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Isu Laut China Selatan menjadi topik hangat, dengan Beijing membuat tuntutan meluas dan banyak negara jiran, termasuk Filipina menolak tuntutan itu.

Pada 2016, China menerima tamparan apabila Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA), sebuah tribunal antarabangsa yang berpangkalan di The Hague, memutuskan bahawa tuntutan ‘nine-dash line’ tidak mempunyai asas undang-undang di bawah undang-undang antarabangsa.

Beberapa hari kebelakangan ini, Beijing dan Manila menyaksikan ketegangan baharu, Filipina menuduh kapal China didakwa merosakkan hidupan marin di beberapa kawasan laut di perairan yang menjadi pertikaian.

Pengawal Pantai China menggunakan meriam air untuk menolak kapal Filipina dari perairan.

Menekankan keputusan 2016 oleh PCA, Manalo berkata, multilateralisme harus bertahan.

“Semua negara mesti mematuhi kedaulatan undang-undang.

Filipina, adalah kawan kepada semua dan tiada musuh.

“Perlembagaan kami menolak perang sebagai instrumen dasar negara, menerima pakai prinsip undang-undang antarabangsa yang diterima umum sebagai sebahagian daripada undangundang negara dan mematuhi dasar keamanan, kesaksamaan, keadilan, kebebasan, kerjasama dan persahabatan dengan semua negara,” kata Manalo. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

BERITA TERBARU