ARTIKEL

Manusia hobit Flores setinggi tiga kaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ADA yang mengatakan mereka manusia yang dilupakan.

Ada yang menyifatkan mereka sebagai kanak-kanak yang tidak pernah membesar.

Jika kita menonton watak manusia hobit dalam filem sekuel Lord of The Rings, pasti mereka teruja melihat sekumpulan manusia kenit yang tinggal berkampung di kaki gunung.

Lebih awal, kisah manusia kenit ini digambarkan dalam cerita dongeng Snowhite and The Seven Dwarf.

Tetapi kisah komuniti manusia kerdil ini sebenarnya benar-benar wujud.

Jom daftar epaper di : https://bit.ly/3E50Wx4

Bukan kerana cacat, sebaliknya merupakan variasi kepada spesies manusia yang wujud beribu-ribu tahun dahulu.

Bukti kewujudan spesies ini ditemui sekitar September 2003, di gua Liang Bua di barat Flores.

Di mana Flores? Flores merupakan sebuah pulau di Provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Kawasan ini memiliki keluasan 14,300 kilometer persegi.

Ia mempunyai beberapa gunung berapi aktif yang dikenali sebagai Egon, Ilimuda, Lereboleng, dan Lewotobi.

Menurut pakar arkeologi, penemuan ini amat bermakna bagi tamadun manusia kerana ia daripada spesies hominid yang sebelumnya tidak diketahui.

Kerana keunikannya, ia dinamakan Homo floresiensis, yang digambarkan dalam bentuk Homo erectus dengan ketinggian sekitar satu meter.

Menurut Thomas Sutikna, yang bertugas untuk Pusat Arkeologi Indonesia, pada awalnya, dia dan dua rakannya dari Australia; Mike Morwood dan Richard Roberts menggali lantai gua Liang Bua sedalam 20 kaki.

“Kami dibantu oleh 35 pembantu berketurunan Manusia hobit Flores setinggi tiga kaki Manggarai.

Di lapisan muda, kami menemui banyak artifak batu dan tulang haiwan.

“Namun beberapa hari sebelum eskavasi tiga bulan itu berakhir, nasib kami berubah.

Kami menemui serpihan tulang. Ini diikuti tulang rahang, pinggul dan set tulang kaki.

Kata Sutikna, mereka sedar bahawa mereka telah melakukan penemuan bersejarah untuk tamadun manusia, namun tidak berani untuk mengalihkan tulang-tulang itu yang nampak rapuh kerana basah.

Temulang ini kemudian dibiarkan kering dengan sendirinya, selama tiga hari.

Setelah itu, mereka mengorek blok deposit tanah tersebut dan membawanya pulang ke Jakarta untuk tujuan penyelidikan.

“Pada awalnya, kami menjangkakan ia adalah rangka kanak-kanak berusia tiga tahun.

Tetapi apabila kami mengkajinya secara lebih dekat dan mendalam, kami dapati ia merupakan rangka tengkorak manusia yang dewasa, yang ketinggiannya dianggarkan tidak lebih tiga kaki,” katanya.

Ramalan awal kami mungkin ia manusia moden yang berhadapan dengan masalah tumbesaran.

Namun, tulang yang primitif dan jumpaan lain yang hampir serupa memberikan keyakinan bahawa ia adalah sekelompok spesies manusia yang hidup bersama dalam era tersebut.

Setelah proses pentarikhan karbon (carbon dating) dilakukan, spesies ini dipercayai kali terakhir melihat dunia sekitar 18,000 tahun lalu.

Kajian lanjut mengenai tulang dan tengkorak tersebut mendapati ia milik seorang wanita; berdasarkan tulang pelvisnya. Berat badannya pula dianggarkan sekitar 55 pound atau 24 kilogram.

Menariknya, ia memiliki set otak yang kecil — terkecil dalam sejarah manusia dan daripada kelompok genus Homo.

Malah lebih kecil daripada kera cimpazi.

Menurut Morwood, yang mula menggali kawasan tersebut sejak 2001, Homo floresiensis ini dipercayai tiba di kawasan tersebut sekitar 95,000 tahun lalu.

Ini berdasarkan artifak dan tulang yang ditemukan di dalam lumpur di kawasan tersebut.

Katanya lagi, biarpun kelompok ini memiliki saiz otak yang kecil, namun mereka pintar dan bijak.

Malah memiliki teknologi yang mampu membuat api dan beribu-ribu perkakasan batu.

Ini membuktikan manusia Flores ini menggunakan api untuk memasak dan memburu stegodon, iaitu gajah kenit primitif yang hanya ditemui di pulau tersebut.

Berdasarkan bukti arkeologi, stegodon tersebut berumur sekitar 1,000 kilogram.

Bukti arkeologi menunjukkan hampir kesemua tulang stegodon yang ditemui adalah dalam usia yang muda; sekali gus mencadangkan bahawa mereka memburu secara berpilih.

Diet manusia Flores ini juga dipercayai termasuk ikan, katak, ular, kura-kura, burung dan tikus gergasi.

Untuk rekod, tiada bukti yang menunjukkan akan kewujudan komuniti ini sebelum 11,000 tahun lalu.

Malah kewujudan stegodon pygmy ini ditemui di bawah lapisan debu gunung berapi yang berusia 12,000 tahun.

Yang pasti, penemuan tengkorak wanita dan enam yang lain itu telah memberi persepsi dan pentafsiran baharu kepada sejarah ketamadunan dunia.

Ia juga membuka mata semua pihak akan kepentingan kerja-kerja arkeologi bagi menjustifikasikan asal usul manusia.

Jangkaan awal kebanyakan pengkaji percaya bahawa kelompok manusia yang terpinggir dari dunia luar ini pupus apabila berlaku letusan gunung berapi besar di kawasan itu.

Untuk rekod, di Kompleks Gua Niah Sarawak, pengkaji Tom Harisson pada tahun 1958 menemui Niah Deep Skull yang dipercayai berusia 40 ribu tahun. Namun ia adalah daripada spesies Humo sapiens.

• Rudi Affendi Khalik merupakan penulis, wartawan dan penerbit di syarikat penerbitan tv dan kandungan media di Sarawak.

BERITA LAIN

Skuad termahal buru juara

JIKA bercakap mengenai bola sepak, sudah pasti kebanyakan peminat menggemari kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris. Ini kerana kebanyakan kelab seperti Arsenal, Manchester United,

Sayangi anak istimewa

HIDUP impikan kesempurnaan. Dahulu impian saya nombor satu memiliki anak-anak yang sihat, sempurna fizikal, beradab dan pandai sekolah dan panjang umur. Saya tidak impikan benda

Harapan selepas SPM

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia adalah peperiksaan penting, sebagai detik permulaan anak-anak muda

Penulis upahan, kisah nasib dan Abang Jo

TATKALA Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji Sarawak dan Premiernya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam podcast Meh Dengo Jap!

Pentingnya Kemahiran

JUMAAT minggu lepas, dua belas pelajar Universiti Malaysia Sarawak menamatkan latihan industri sebagai wartawan pelatih di akhbar kami — Suara Sarawak. Selama tiga bulan, mereka

Tiada kaitan dengan nasib

BERAPA ramaikah pemimpin, profesor, ahli perniagaan di dunia berjaya kerana nasib? Jika anda sebagai wartawan, penulis dan wartawan mengakui bahawa anda berjaya dan cemerlang dalam

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu