ARTIKEL

MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANGAR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melahirkan lebih 60,000 usahawan yang mencipta 68,000 peluang pekerjaan setakat ini.


Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Datuk Zulfikri Osman berkata agensi itu menyediakan ekosistem keusahawan yang lengkap merangkumi pelbagai pembangunan antaranya modal insan dan kemudahan sokongan seperti pembiayaan premis perniagaan.


“Melalui inisiatif pembangunan yang dilaksanakan MARA kepada usahawan khususnya wanita berjaya memperkasa komuniti usahawan wanita serta meneroka pasaran domestik dan mampu membawa produk ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan sempena majlis penutup program Women In Search of Excellence (WISE) di sini.

Majlis penutup itu disempurnakan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, semalam.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam pada itu Zulfikri berkata program WISE bertemakan ‘Memperkasa Wanita Dalam Perniagaan’ itu merupakan usahasama bersama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) sebagai antara agenda pemerkasaan usahawan wanita yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU