ARTIKEL

Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata mereka yang ingin melakukan aktiviti laut perlu menyemak ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi memandangkan keadaan laut kini bergelora akibat Monsun Timur Laut.

“Maritim Malaysia menggesa semua pihak yang akan ke laut untuk memastikan keselamatan diri dengan memakai jaket keselamatan semasa belayar, memancing atau sebarang kegiatan yang melibatkan pergerakan di laut.

“Selain jaket keselamatan, orang awam yang melakukan aktiviti di laut juga dinasihatkan untuk membawa bersama alat Personal Locator Beacon kerana ia dapat membantu dan mempercepatkan bantuan carilamat di laut apabila berlaku kecemasan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Sarawak catat RM3.59 bilion nilai eksport ke Brunei

KUCHING: Sarawak mencatatkan sejumlah RM3.59 bilion nilai eksport ke negara Brunei Darussalam tahun lalu, sekali gus merekodkan 23.8 peratus nilai dagangan tahun lalu. Timbalan Premier