ARTIKEL

Antara nelayan asing Indonesia yang ditahan semalam.

Maritim Malaysia Sarawak tahan tiga bot nelayan Indonesia tanpa permit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak menahan tiga bot nelayan asing Indonesia kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit di perairan negara pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, kesemua bot itu dikesan kapal KM Tun Fatimah ketika rondaan operasi di kedudukan lebih kurang 156 batu nautika ke utara Tanjung Po pada jam 5.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai lapan kru termasuk tekong berada di atas ketiga-tiga bot tersebut dan kesemua mereka dalam lingkungan umur antara 22 hingga 62 tahun,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kamal menambah, pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga bot berkenaan tiada nombor pendaftaran dan berasal dari Indonesia dan kesemua kru bot tidak memiliki pengenalan diri yang sah.

Katanya, kru bot dan hasil tangkapan ditahan dan diiring ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan negara, dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
 
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM1 juta.

“Kami tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana bot nelayan asing yang memasuki dan melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara tanpa kebenaran.
 
“Bagi sebarang maklumat salah laku atau kegiatan jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA