Trending

Maritim Malaysia Zon Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Bintulu dengan kerjasama Kelab Kebajikan Maritim Bintulu (SUKMAS) hari ini mengagihkan sumbangan makanan kepada 33 keluarga di Kampung Jepak yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan penularan wabak Covid-19 dan sempena bulan Ramadan.

Sumbangan disampaikan Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Maritim Malaysia Zon Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil mewakili Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah.

Sumbangan berbentuk barangan asas seperti beras, telur, mi segera, gula, minyak masak dan lain-lain itu hasil kutipan Tabung Sumbangan Covid-19 yang dilancarkan pada 14 April lalu selain sumbangan warga Zon Maritim Bintulu dan orang perseorangan yang turut berbesar hati menjayakan program agensi penguatkuasaan terbabit.
Shahref dalam kenyataannya, berkata, pelancaran
Tabung Sumbangan Covid-19, merupakan inisiatif Maritim Malaysia khususnya di Zon Maritim Bintulu dengan menfokuskan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas yang terdiri dari kalangan komuniti maritim setempat.

Program tersebut, katanya, merupakan salah satu cara penerapan nilai-nilai murni di kalangan diri warga kerja Maritim Malaysia sejajar dengan kehendak perkhimatan awam selain dapat mengukuh dan mengekalkan hubungan yang lebih harmoni dengan masyarakat setempat pada masa hadapan.

Shahref turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan program tersebut sekali gus berharap program seperti ini dapat diteruskan oleh semua agensi kerajaan mahupun badan-badan korporat dalam usaha membantu golongan yang memerlukan di daerah Bintulu.

Maritim Malaysia juga berharap agar masyarakat terutamanya komuniti nelayan supaya mengamalkan langkah kebersihan diri yang betul sepertimana yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mematuhi arahan PKP yang sedang dikuatkuasakan sehingga 12 Mei depan.

Effendy menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima di Kampung Jepak, Bintulu.

Kakitangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Bintulu menyerahkan bantuan makanan kepada salah seorang penerima di Kampung Jepak, Bintulu. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru