ARTIKEL

Maritim S’wak tahan bot nelayan Vietnam, nilai rampasan cecah RM1 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sarawak menahan bot nelayan Vietnam ketika menangkap ikan pada jarak sekitar 100 batu nautika dari Tanjung Po, di sini awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata tangkapan dibuat hasil maklumat risikan serta aduan komuniti nelayan tempatan berkaitan aktiviti pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan Sarawak.

“Berikutan itu, Maritim melakukan pemantauan rapi di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan bot nelayan asing dan berjaya menahan bot nelayan Vietnam yang leka menangkap ikan di lokasi tersebut kira-kira 4 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, menyedari kehadiran aset Maritim, bot nelayan tersebut melepaskan peralatan menangkap ikan sebagai cubaan melupuskan bahan bukti dan cuba melarikan diri dari diperiksa.

Katanya pasukan Maritim terus mengejar bot tersebut, mengambil masa hampir 45 minit untuk memintas dan berjaya menahan setelah dihimpit rapat.

Zin Azman berkata pemeriksaan mendapati bot tersebut tiada memiliki sebarang dokumen serta lesen untuk menangkap ikan di perairan negara.

Beliau menambah enam kru termasuk tekong warga Vietnam berumur dalam lingkungan 22 hingga 51 tahun juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Mereka ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Ibu Pejabat Maritim Sarawak, Kuching untuk siasatan lanjut.


“Manakala peralatan menangkap ikan, bekalan diesel lebih kurang 7000 liter serta hasil tangkapan sekitar satu tan metrik ikan campur dirampas.

“Keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai RM1 juta,” katanya.

Zin Azman berkata kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah serta Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.