ARTIKEL

Mark Zuckerberg -- REUTERS/Nathan Howard/File Photo | BERNAMA

Mark Zuckerberg duduki tempat keempat manusia terkaya di dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ISTANBUL: Mark Zuckerberg, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Meta Platforms pada Jumaat melonjak ke tempat keempat dalam senarai manusia terkaya di dunia.

Menurut the Forbes Real-Time Billionaires List, nilai kekayaan bersih Zuckerberg meningkat sebanyak US$27.6 bilion atau 19.88 peratus, mencecah US$167 bilion, lapor Agensi Anadolu.

Nilai kekayaan Zuckerberg, 39, mengatasi pengasas bersama Microsoft Bill Gates, tokoh pelaburan Warren Buffett dan pengasas bersama Oracle Larry Ellison.

Pengasas Amazon Jeff Bezos kini di tempat ketiga dengan kekayaan bernilai hampir US$194 bilion, manakala CEO SpaceX, Tesla dan X Elon Musk (USS$198 bilion) berada di tempat kedua.

Bernard Arnault, 74, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton, mendahului senarai itu dengan kekayaan sebanyak US$212 bilion. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,