Marudi berstatus kuning

KUCHING: Daerah Marudi bertukar ke status kuning setelah mencatatkan satu kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Manakala, katanya Daerah Selangau, Kanowit, Betong, Meradong, Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan jumlah 2,554 kes jangkitan tempatan dilaporkan di 10 buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Julau, Subis, Bau, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 175 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya Daerah Mukah, Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Sarikei, Lundu, Saratok, Sebauh, Serian dan Belaga kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 86 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 12 daerah lain kekal hijau.

Suara Sarawak