Marudi kembali hijau

KUCHING: Daerah Marudi kembali ke status hijau hari ini setelah tiada kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), ia menjadikan sejumlah sembilan daerah di negeri ini berstatus hijau.

“Selangau pula bertukar status kepada jingga dari kuning setelah merekodkan sebanyak 21 kes jangkitan tempatan,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini.

Tambah JPBNS, 11 daerah kekal berstatus merah iaitu Song, Serian, Subis, Julau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu dengan 2,590 kes jangkitan tempatan.

“Bau, Mukah dan Sarikei kekal berstatus jingga, manakala Dalat, Limbang, Telang Usan, Tanjung Manis, Sri Aman, Kanowit, Samarahan, Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Pusa, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh juga kekal kuning,” ujar JPBNS.

….Untuk lebih banyak berita dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

Suara Sarawak