ARTIKEL

Masa berkualiti bersama keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dari segi sejarahnya, Hari Keluarga Antarabangsa mempunyai hubungan yang kuat dengan perubahan persepsi keluarga dalam konteks global.

Ia bermula pada 1994, setelah Perhimpunan Agung Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkannya sebagai Tahun Keluarga Antarabangsa (IYF).

Justeru, 15 Mei ditetapkan sebagai Hari Keluarga Antarabangsa bagi mengiktiraf kepentingan berterusan untuk memajukan kebimbangan keluarga.

Ia sejajar dengan ulang tahun Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (1948), yang menekankan perlindungan hak keluarga.

Suara Sarawak menemu bual beberapa orang awam bagi mendapat pandangan mereka tentang makna dan kepentingan keluarga. 

KOMUNIKASI

Menurut kerani kewangan, Immellyia Jimau, 24, Hari Keluarga amat bermakna dalam usaha menghargai antara satu sama yang lain.

“Kita dapat menghargai ahli keluarga yang masih ada bersama-sama kita. 

“Maka, komunikasi menjadi kunci utama dalam mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

Sebagai anak sulung, saya sentiasa berkomunikasi dengan ayah setelah ibu meninggal dua tahun lepas. 

“Dari situ saya dapat mengetahui bahawa berkomunikasi dapat mengeratkan hubungan dan membantu kita menyelesaikan apa jua masalah,” jelasnya. 

Immellyia akui dia mengehadkan penggunaan telefon pintar ketika berada di rumah bagi memberi fokus dan masa berkualiti bersama-sama keluarga. 

Berdasarkan kajian diterbitkan dalam jurnal Computers in Human Behavior, pasangan menggunakan gajet lebih dua jam sehari boleh menyebabkan perasaan kesunyian dan pengasingan walaupun pasangan secara fi zikal berada di ruang yang sama. 

Situasi ini boleh membawa kepada masalah rumah tangga seperti kesukaran berkomunikasi dan konfl ik sesama pasangan.

Dalam hal ini, Immellyia berkata, mereka sekeluarga gemar melakukakn aktiviti berkelah di sungai atau pantai ketika waktu cuti.

“Inilah masa yang sesuai untuk bersama-sama keluarga kerana saya selalu sibuk berkerja.

Jadi, kalau ada cuti, saya akan bawa ayah dan adik pergi berjalan-jalan atau berkelah,” katanya kepada Suara Sarawak.

ELAK KONFLIK

Sementara itu, bagi Tian Li Ho, 57, masa berkualiti sangat penting dalam sesebuah keluarga.

Katanya, ahli keluarga boleh meluangkan masa berkualiti bersama dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

“Komunikasi juga sangat penting.

Komunikasi memainkan peranan membentuk dan membimbing anak-anak.

Sekiranya mempunyai masalah antara ahli keluarga, lebih baik kita berbincang terlebih dahulu bagi mengelakkan konfl ik berlanjutan.

“Toleransi juga penting untuk diamalkan.

Ia dapat membantu memupuk sikap hormat antara ahli keluarga serta mengelak perselisihan faham atau pergaduhan,” ujarnya.

Berkongsi cara mengeratkan hubungan kekeluargaan, Ho berkata, dia banyak meluangkan masa bersamasama keluarganya.

“Contohnya, kami sentiasa makan bersama-sama setiap hari dan ini antara cara terbaik dalam berkongsi pengalaman harian,” tambahnya.

Li Ho percaya setiap ahli keluarga mestilah saling memahami perasaan antara satu sama yang lain.

Hal ini dapat membantu mengelakkan prasangka sesama ahli keluarga.

Ujarnya lagi, aktiviti memanggang dan mandi di sungai ialah wajib dilakukan bersama-sama keluarga setiap hujung minggu. 

Selain itu, bagi Rajemah Bohari, 66, sebuah keluarga bahagia bukan hanya terletak pada keutuhan cinta dan rasa kasih antara suami isteri, malah ia membabitkan hubungan mesra seluruh ahli keluarga.

Menurutnya, keluarga memainkan peranan penting dalam memelihara, memperkasa dan menyokong individu serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi.

“Ekonomi penjagaan yang tersusun dengan baik boleh meningkatkan kualiti hidup keluarga.

“Bahkan, kesabaran yang tinggi, jujur serta saling bertolak ansur juga perlu ada dalam kalangan ahli keluarga bagi menjamin kebahagiaan yang berkekalan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Norma baharu pembelajaran

“Ia bukan sahaja menandakan pencapaian akademik, tetapi juga pertumbuhan peribadi dan transformasi.   Sepanjang tempoh mereka di Kolej Cyberjaya Kuching, para graduan berdepan impak kemelut krisis

Faham isi hati anak

Kita belajar menjadi ibu bapa untuk mengurus dan membesarkan anak. Namun, ada satu perkara yang sering ibu bapa terlupa iaitu memahami dan mendengar isi hati

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Bentuk pelajar berkualiti

PERKHEMAHAN tahunan merupakan aktiviti yang dirancang di bawah unit kokurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) peringkat sekolah. Ia menjadi tempat buat ahli TKRSM untuk

Keindahan sejarah, budaya Sambas

KEINDAHAN budaya dan sejarah Sambas mampu diketengahkan menerusi Seminar Sejarah Kesultanan Sambas anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Menurut Penasihat

BERITA TERBARU

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada