Masa depan Simunjan cerah

SIMUNJAN: Kawasan Simunjan dan Gedong akan menjadi sebahagian dari bandar Kuching selepas lengkapnya rangkaian jalan raya, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Katanya, kawasan Sadong Jaya akan digabungkan untuk lingkaran lingkaran bandar.

“Simunjan mempunyai masa depan cerah apabila dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan organik dengan adanya jalan raya.

“Jalan raya yang kita bangunkan dari Kota Samarahan, Gedong dan Simunjan bakal membuka kawasan baharu,” katanya pada sidang media selepas meninjau hakisan tanah di Pekan Simunjan di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, Abang Johari berpuas hati dengan kerjasama antara Ahli Parlimen Bagang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri dengan Adun Simunjan Awla Dris dan Adun Gedong Datuk Naroden Majais yang membangunkan kawasan tersebut.

“Malah kawasan Batang Sadong juga sebahagian dari jalan pesisir yang membolehkan kita membuka industri pertanian baharu.

“Kita akan bawa kemudahan Internet di kawasan ini bagi membolehkan anak muda menerokai perdagangan baharu,” jelasnya. Dengan demikian, katanya lagi, kawasan terbabit boleh dijadikan sebagai pertanian moden seperti nanas

Suara Sarawak