HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Masa rakyat bangun semula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SEKITAR 21 tahun yang lalu, dunia kita dikejutkan dengan peristiwa serangan ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS).

Masih tergambar di ingatan dalam peristiwa yang mengorbankan hampir 3,000 nyawa itu, apabila pengganas Al-Qaeda merampas pesawat pada 11 September 2001.

Sebelum bangunan itu dirempuh sehingga runtuh, ia adalah serangan pertama seumpamanya ke atas negara kuasa besar berkenaan.

Dua pesawat komersial memusnahkan WTC, sebuah lagi menghentam Pentagon, manakala sebuah lagi terhempas di satu lokasi di Shanksville, Pennsylvania.

Tragedi menggugat keselamatan AS itu menyaksikan negara itu melancarkan operasi ketenteraan di Afghanistan pada 2001, kempen yang berakhir, pada Ogos tahun lalu.

Gambar hiasan

Menghairankan dunia pada ketika itu, tiba-tiba negara yang mempunyai bandar raya perkasa, kelihatan amat mudah diceroboh musuh luar.

Dengan senang musuh mendapatkan helah pintar dengan menembusi keselamatan ketat di lapangan terbang terkenal, merampas beberapa pesawat besar, terus menerbangkannya, kemudian merempuh dan menghancurkan bangunan teguh yang menjadi simbol kekuatan AS.

Rupa-rupanya kejadian yang berlaku di AS itu melibatkan juga rakyat negara kita, iaitu Vijayashanker Paramsothy (lelaki) lahir di Selangor dan tinggal di Queens, New York, berumur 23 tahun, Sei Lai Khoo (wanita) lahir di Sandakan dan tinggal di Jersey City, New Jersey, berumur 38 tahun dan Siew Nya Ang (wanita) lahir di Pulau Pinang, tinggal di New Jersey, berumur 37 tahun.

Kini mungkin agak terlalu lewat untuk kita menduga siapa penceroboh yang telah berjaya menembusi kawalan yang gagah perkasa, dan melakukan peristiwa (9/11) tersebut yang amat menggemparkan dan mungkin juga menyinggung nama baik dan maruah negara besar tersebut.

Namun pemerintah AS segera mengambil kesimpulan dan menjelaskan kepada dunia bahawa golongan yang melakukan perbuatan ‘yang tidak berperikemanusiaan’ itu ialah kumpulan ‘pengganas Islam Al-Qaeda’ yang diketuai oleh Osama Laden.

Justeru, seperti biasa segala penemuan berita yang dibuat oleh pihak AS akan diterima oleh seluruh dunia. Oleh itu dalam isu 9/11 ini juga kita harus menyelidik dan mengambil pelajaran yang terbaik daripada peristiwa tersebut.

Kejadian ini persis seperti peristiwa yang berlaku dalam negara kita sendiri, seperti peristiwa 13 Mei yang merupakan satu peristiwa yang amat hitam pernah berlaku dalam negara kita sendiri, yang berlaku dalam tahun 1969.

Tepat setelah kita merayakan ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-65 dan meraikan Hari Malaysia hari ini, kita harus mengkaji semula asal usul perjuangan negara kita dalam mendaulatkan perpaduan kaum, kekuatan perlembagaan, penubuhan institusi serta agensi dalam usaha menyatu padu dan membangun ekonomi, politik serta bangsa yang berdaulat dan kuat.

Di samping itu, kita harus memberikan penghargaan kepada pemimpin negara yang berusaha dengan penuh kebijaksanaan sehingga membolehkan rakyat semua kembali bersatu dan melupakan krisis yang berlaku itu.

Perdana Menteri kita yang pertama telah memperjuangkan kemerdekaan negara kita daripada penjajahan dan mewujudkan masyarakat yang aman damai serta bertamadun dengan kerjasama semua kaum dalam bentuk perpaduan yang kuat sebagai negara berbilang etnik.

Dalam masa yang sama mendaulatkan agama dan negara serta memberikan kebebasan kepada agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni. Isu agama dan etnik merupakan isu yang amat sensitif di mana-mana negara sekali pun.

Oleh itu, perancangan yang rapi telah dilakukan di negara kita hingga ke saat ini, iaitu melalui perlembagaan negara serta kedaulatan Majlis Raja-Raja Melayu serta pelbagai kementerian yang menjaga perpaduan bangsa, kedaulatan undang-undang dan lainnya.

Pada masa ini, kita sering berbicara tentang krisis politik yang sedang melanda negara.

Oleh itu, ketika kita mempelajari secara luas tentang 9/11 dan 13 Mei, kita harus mengkaji tentang isu-isu yang sering mencabar kesatuan bangsa kita, terutamanya dari sudut etnik dan agama.

Maka kita harus berhati-hati membicarakan isu tersebut dan mencari titik persamaan yang kukuh antara rakyat, serta menjaga perasaan.

Rakyat keseluruhannya yang sedang terhimpit dengan pandemik Covid-19, ditambah pula dengan bilangan keluarga yang sakit atau meninggal dunia, maka kecemasan ini telah memberikan tekanan jiwa yang hebat dan cemas kepada rakyat keseluruhannya.

Maka kita harus tidak menimbulkan isu-isu lain yang boleh menambahkan kegelisahan dan tekanan jiwa yang lebih lagi daripada segala sesuatu yang dialami oleh mereka sekarang.

Berilah ketenangan dan semangat untuk rakyat kita ini bangun semula dengan lebih gagah dan penuh ertinya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Puasa sihatkan badan

PUASA Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum, termasuk

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru