Masalah air keruh berpunca dari paip pecah dimasuki tanah

IGAN: Masalah air paip keruh yang dialami penduduk di kawasan di Matu beberapa hari ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan komuniti setempat di Matu.

Menurut pihak JBALB Mukah, masalah air keruh tersebut berpunca dari paip pecah dan dimasuki tanah dan bukannya berpunca dari loji yang terletak di Kampung Jemoreng.

“Pihak kita telah bertindak atas laporan orang awam siasatan dan pemantauan telah dibuat oleh pihak JBALB Mukah, dan pihaknya mengakui terdapat sesetengah kawasan terjejas.

“Pihak kami sedang melakukan aktiviti ‘flushing’ di kawasan-kawasan yang terjejas dan pemantauan rapi akan terus dijalankan dari semasa ke semasa, dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami” jelas JBALB dalam satu kenyataan tersebut.

Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya ketika dihubungi turut memberitahu pihak JBALAB kini sedang berusaha mengenalpasti lokasi paip pecah tersebut.

“Pihak JBALB telah bergerak dari satu kampung ke satu kampung untuk mengenal pasti lokasi punca paip pecah tersebut,” katanya.

Beliau juga menolak air keruh yang berlaku tersebut bukan berpunca dari loji Kampung Jemoreng kerana air yang dikeluarkan loji tersebut tidak mengalami apa-apa masalah.

Untuk itu seluruh kawasan Daro hari ini akan mengalami masalah tekanan air rendah kerana pihak JBALB Dearah Daro sedang membuat kerja-kerja ‘flushing’ berikutan masalah kualiti air yang diterima di Matu.

Segala kesulitan yang berlaku amatlah dikesali dan pihak JBALB memohon maaf atas kesulitan tersebut.

Suara Sarawak