ARTIKEL

Masalah banjir di SK Ulu Meradong bakal berakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Masalah banjir yang kerap membelenggu warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Meradong bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan sebanyak RM147,915 untuk mengatasinya.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii berkata, peruntukan yang diluluskan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sarikei (DID) itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan masalah terbabit tidak terus berulang.

Katanya, projek meliputi kerja pembersihan parit sepanjang 980 meter dan pembinaan sistem perparitan yang baharu sepanjang 160 meter itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan.

“Saya difahamkan banjir yang sering berlaku di kawasan sekolah ini berpunca daripada limpahan takungan air akibat masalah saliran dan parit yang tersumbat.

“Keadaan ini bukan hanya mengancam keselamatan guru dan murid tetapi juga bangunan sekolah,” katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei berharap semua pihak memberikan kerjasama agar pelaksanaan projek berjalan lancar dan sempurna.

Projek terbabit katanya, sangat penting sebagai usaha untuk memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran harian di sekolah berkenaan tidak terganggu.

“Saya dimaklumkan oleh Yang diPertua Persatuan Ibu dan Guru (PIBG) SK Ulu Meradong Ali Leban Anoi, sekolah yang dibina pada tahun 1970-an ini, mempunyai lebih 60 murid yang sebahagian besarnya dari rumah panjang berhampiran.

“Paling membimbangkan, banjir berlaku bila-bila masa terutama pada musim hujan dan ketika paras air sungai meningkat. Malah, paras air boleh mencecah kedalaman maksimum 1.5 meter dan menyukarkan murid dan guru untuk pergi ke sekolah. Akibat banjir juga beberapa struktur bangunan sekolah rosak dan reput.

“Selepas menerima permohonan pihak sekolah, saya membincangkan langkah penyelesaiannya bersama DID. Saya telah berjaya mendapat peruntukan bagi tujuan tersebut,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan