Trending

Masalah bekalan air bersih selesai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Masalah bekalan air bersih bagi penduduk rumah panjang Panting Dok dan Lambor Joseph, Sungai Teniku Miri dijangka selesai dengan projek penyambungan air paip berjumlah RM5 juta.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, projek penyambungan bekalan air paip sepanjang 10 kilometer itu dijangka siap pada 27 Januari 2022.

“Projek ini menamatkan penantian penduduk yang amat mendambakan bekalan air paip kerana selama ini mereka bergantung sepenuhnya kepada air hujan lebih-lebih lagi ketika musim kemarau,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kim Shin yang juga Adun Senadin memberitahu setiap kali musim kemarau, Pusat Khidmat Dun Senadin, Pejabat Daerah Miri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri akan menghantar bekalan air bersih.

“Kita menghantar beratus-ratus botol air mineral dan air terawat kepada penduduk kedua-dua rumah panjang ini ketika musim kering melanda,” jelasnya.

Kim Shin menambah, projek terbabit telah diluluskan pada 2019, namun disebabkan beberapa masalah teknikal dengan pembinaan Pan Borneo dan pandemik Covid-19, menyebabkan kelewatan projek ini.

“Kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Kementerian Utiliti Sarawak yang meluluskan projek ini.

“Ia memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk Rumah Panjang Panting dan Lambor yang selama ini berharap untuk menikmati bekalan air bersih,” ujarnya.

Sementara itu, Tuai Rumah Panting Dok dan Tuai Rumah Lambor Joseph mengucapkan terima kasih kepada Kim Shin atas bantuannya untuk mendapatkan projek itu.

“Sebagai wakil penduduk saya berterima kasih kepada Aun Senadin Datuk Lee Kim Shin yang memanjangkan pemintaan penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan air bersih.

“Kami sudah bertahun-tahun menunggu bekalan air bersih di sini dan penantian kami akan berakhir sebaik sahaja penyambungan air paip ke rumah panjang selesai,” katanya dengan nada gembira.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak Chang Kuet Shian; Penghulu Randi Elon; Kapitan Chong Ah Muk; Kapitan Chong Kee Fah, Cr Toh Ka Siong, dan Ahli Jawatankuasa SUPP Senadin.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru