ARTIKEL

TAKLIMAT... Julaihi (tengah) diberi taklimat mengenai operasi di Loji Rawatan Air Berawan Limbang.

Masalah kehilangan air tidak terhasil perlu diselesaikan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LIMBANG: Kadar kehilangan air tidak terhasil atau ‘non revenue water’ di Bahagian Limbang perlu diatasi dengan segera, kata Datuk Seri Julaihi Narawi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi itu berkata, hal ini kerana isu tersebut menjadi cabaran yang amat sukar bagi menyediakan bekalan air di bahagian tersebut.

PEMBEKAL AIR… Julaihi (duduk tengah) bersama delegasinya semasa mengadakan lawatan ke LAKU Management Limbang.

“Justeru, saya berasa bahawa sumber air dan pembinaan loji rawatan air baharu adalah satu keperluan segera bagi menghadapi isu ini.

“Selain itu, pemasangan saluran paip baharu bagi menggantikan paip yang telah uzur atau lama juga perlu di kawasan yang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, semalam.

Dalam pada itu katanya, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) juga optimis bahawa loji air di bahagian Limbang mempunyai kemampuan menghasilkan 87 juta liter sehari (MLD) bekalan air terawat.

“Loji-loji rawatan air di seluruh Bahagian Limbang (Daerah Limbang dan Lawas) boleh menghasilkan 87 MLD air terawat berbanding permintaan terhadap air berjumlah 40 MLD.

Baca lain  Bot ekspres terbakar di Sarikei

“Hal ini berikutan lawatan saya ke Loji Rawatan Air Berawan Limbang yang kini menghasilkan 40 MLD air terawat, dan bagi saya, kapasiti pengeluaran bekalan air boleh dipertingkatkan kepada 87 MLD,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, beliau mendedahkan bahawa beliau berkesempatan meninjau Sungai Limbang Raw Water Intake atau Muka Sauk Air Mentah Sungai Limbang yang terletak 27 kilometer dari pejabat LAKU Management Limbang.

Terdahulu, sebelum lawatan ke kedua-dua tapak, beliau telah diberi taklimat oleh Pengurusan LAKU Management dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) mengenai keadaan air terkini di Bahagian Limbang (Daerah Limbang dan Lawas).

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,