ARTIKEL

Masalah kesesakan lalu lintas di Stakan perlu diatasi segera – Hamzah Brahim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Adun Stakan Datuk Hamzah Brahim ketika menyampaikan ucapan perbahasan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak di sini, hari ini.

KUCHING: Agensi yang terlibat dalam keputusan kelulusan projek perumahan, kediaman serta bangunan komersial di kawasan Dun Stakan perlu melakukan kajian terperinci khususnya berkenaan aliran trafik, tekanan air dan banjir kilat.

Demikian gesaan Adun Stakan Datuk Hamzah Brahim yang menyeru agensi yang terlibat untuk mengatasi masalah dan isu ini dengan kadar yang segera agar kebajikan rakyat terjaga.

Menurutnya, kawasan Stakan semakin menjadi tumpuan dengan kepadatan penduduk sehingga kini ia mencecah 20,000 kediaman merangkumi rumah kampung, perumahan dan juga kem tentera.

“Justeru, bagi mana-mana projek yang sudah mempunyai kelulusan tetapi belum dibina, ia perlu dikaji semula.

“Semua agensi terbabit perlu mencari kaedah bagi membincangkan isu ini supaya masalah seperti ini tidak
berterusan. Kita tidak mahu akibat kelemahan dari segi perancangan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak di sini, hari ini.

Menjelas mengenai aliran trafik, Hamzah menyatakan bahawa isu yang membelenggu penduduk ini menjadi isu yang hangat diperkatakan di media sosial, di kedai kopi atau di mana-mana tempat.

Tegasnya, kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di waktu puncak dan di luar waktu puncak ini menimbulkan banyak permasalahan, kebingungan dan rungutan di kalangan penduduk khususnya di jalan Samarahan-Expressway.

“Boleh dikatakan hari-hari saya dihubungi dan dimaklumkan secara terus atau menerusi media sosial mengenai perkara ini malah penduduk menyamakan keadaan di Stakan ini dengan
kesesakan di Kuala Lumpur.

“Malah bagi mereka yang pergi ke pejabat, ada yang perlu keluar sebelum jam 5.30 pagi ataupun 4.30 pagi…bayangkan kalau dah terperangkap hampir dua jam.. bahan bakar minyak juga akan bertambah,” katanya

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU