ARTIKEL

Atlet memanah negara Mohd Juwaidi Marzuki beraksi dalam pusingan kelayakan Compound berpasukan lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Fuyang Yinhu hari ini. | BERNAMA

Masalah teknikal rencat misi pingat Mohd Juwaidi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HANGZHOU: Pemanah berpengalaman negara Mohd Juwaidi Mazuki menyalahkan peralatannya selepas tersingkir di peringkat suku akhir acara compound individu lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Fuyang Yinhu, hari ini.

Mohd Juwaidi yang menyasarkan untuk merangkul pingat dalam acara itu terpaksa akur dengan kekalahan kepada Joo Jaehoon dari Korea Selatan 135-148.

Beliau yang membuat penampilan ketiga di Sukan Asia berkata kekalahan itu adalah disebabkan masalah teknikal yang mengakibatkannya gagal melepaskan panahan dengan baik.

“Saya tiada masalah berhadapan dengan dia (Joo) sebab boleh kata dia pemanah junior, apa yang berlaku hari ini nak salahkan peralatan macam tak sedap, tetapi memang masalah peralatan, jadi pelepasan saya tak nak keluar.

“Pelepasan mekanikal ataupun pelepasan ibu jari bila dah jadi hal, di samping waktu pun dah singkat, memang tak dapat nak buat apa.

Jadi terpaksa lepaskan, sayang, sebab saya sasarkan acara ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku selepas segala peralatan sudah diperiksa dan diyakini berada pada tahap terbaik.

Katanya beliau akan berbincang bersama jurulatihnya untuk memastikan masalah sama tidak lagi berlaku ketika turun beraksi dalam acara compound berpasukan campuran dan berpasukan lelaki, masing-masing pada esok dan lusa.

Dalam acara berpasukan campuran, Mohd Juwaidi akan bergandingan dengan Fatin Nurfatehah Mat Salleh sementara dalam acara berpasukan lelaki beliau akan bersama Alang Ariff Aqil Muhammad Ghaz, Mohamad Syafiq Md Ariffin. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU