ARTIKEL

Masih ada majikan tidak laksana bayaran gaji minimum RM1,500 – MTUC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan agresif mengenal pasti majikan yang masih degil melaksanakan perintah gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa dua tahun lalu.

Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani pada sidang akhbar pada Selasa malam berkata, seperti dibentang Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada pembentangan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif di Dewan Rakyat tahun lepas, terdapat 10 peratus pekerja formal menerima gaji bawah kadar gaji minimum.

Sebelum ini Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih.

Bagaimanapun, penguatkuasaan PGM bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja ditangguhkan dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU